Carian

MUSTAHAK! SILA BACA

Thursday, May 16, 2013

PERPADUAN DALAM PERNIAGAAN

Assalamualaikum.

Kami sedang menjalankan kempen membantu perniagaan Bumiputera dan Islam berkembang dengan mempromosi perniagaan melalui jaringan internet. Konsep ini sangat mudah, berkesan dan PERCUMA. Ia hanya memerlukan kerjasama semua yang terlibat.



LANGKAH 1:
PENDAFTARAN.
Isikan maklumat di bawah dan e-mailkan kepada perpaduanmelayuislam@gmail.com
Nama Syarikat:
Gambar Logo:
Jenis Syarikat: Individu/Enterprise/Sendirian Berhad/Berhad
Jenis Perniagaan:
Produk (Hanya satu produk/perkhidmatan pada setiap iklan/perniagaan):
Gambar Produk:
Alamat:
Waktu Operasi:
No Telefon:
Emel:
Laman Web:
Nama Pegawai:

LANGKAH 2:
KEMASKINI DATA. Kami akan memasukkan data yang lengkap ke dalam laman web kami.

LANGKAH 3:
MENGEMASKINI. Kami akan labelkan berdasarkan dua kategori bagi memudahkan carian dalam lama web kami. Kategori satu Negeri dan Kawasan. Kategori kedua Jenis Perniagaan.

LANGKAH 4:
MEMPROMOSI. Kami akan SHARE informasi dari blog ke dalam page www.facebook.com/perpaduanmelayuislam. Informasi ini akan di SHARE semula oleh kami, tenaga sukarelawan kami dan PALING UTAMA SESAMA KITA ORANG MELAYU DAN ISLAM yang menggunakan medium internet.

LANGKAH 5:
CAPAIAN PENGGUNA & PENIAGA. Selepas dikongsi bersama, moga ia mendapat liputan berantai kepada semua kenalan serta saudara Islam kita yang berada dalam rangkaian kenalan Facebook dan sebagainya.

LANGKAH 6:
TRANSAKSI. Pembeli yang berminat boleh berhubung terus dengan peniaga dan mendapatkan maklumat dan pengesahan lanjut sebelum melakukan urusniaga seterusnya. Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang transaksi yang mencurigakan.

LANGKAH 7:
PENIAGA YANG BERMINAT. Bagi yang berminat anda boleh teruskan mengikuti langkah yang pertama.

PROJEK INI TIDAK AKAN BERJAYA TANPA 4 PERKARA ASAS!
(N) NEWS. Berita dan saluran semasa.
(I) INFORMATION. Menyalurkan informasi lengkap.
(S) SHARE. Berkongsi sesama kenalan.
(E) EXPAND. Mengembangkan maklumat ini seluas mungkin.

Nota: Ini adalah projek sukarelawan, oleh itu penyediaan yang dilakukan adalah secara asas sebagai permulaan. Kerana beberapa faktor, buat permulaan segala info akan dikumpul dan dikemaskini selewatnya seminggu sekali. Segala maklum balas dan sumbangan adalah amat dihargai.

1 comment:

  1. Saya pengguna Islam, menyokong usaha murni ini. Dah lama saya tunggu usaha seumpama ini . Mudahan berjaya dan diberkati oleh allah. Agar perniagaan ini berjalan dengan jujur, ikut cara Rasulullah berniaga aminn.

    ReplyDelete